Ini adalah trip pertama aku menggunakan teknik jigging dan casting. Aku bersama apek, ateng dan zabidi.
Untuk pengetahuan semua, mereka ni boleh di katakan tiap2 bulan turun pulau 9 ni. Tekong yg selalu digunakan ialah tekong faizal. Kami bertolak dlm pukul 9.30pm. Tiba sitiawan dlm pukul 1.00 am. Di sana kami menyewa homestay utk bermalam..
Bagi aku yg pertama kali turun ni, modal nya agak besar. Habis juga dlm RM 500, termasuk duit minyak, homestay dan beli peralatan memancing. Ni.. gambar diantara peralatan yang di beli..
Selepas sarapan pagi dengan membawa sedikit bekalan untuk makan tengahari kami bertolak Ke Pulau 9 dlm pukul 7.45 pagi...
Perjalanan mangambil masa lebih kurang 40 minit..
Di antara gambar2 hasil tangkapan pd hari tersebut..
Sempat juga mencadat sotong..
Yang bagusnya kesini.. Ada pulau untuk berehat. Di sini ada di sediakan tandas, tempat solat dan bilik air.
Kami bertolak balik ke daratan lebih kurang jam 7.30 malam.. dan bertolak balik Shah Alam lebih kurang pkl 9.00pm.
Dalam perjalanan balik kami singgah di sebuah kedai makan untuk menikmati hasil tangkapan kami pada hari itu..
Hasil tangkapan tidak begitu banyak, tapi cukup mengembirakan bagi saya yg pertama kali mencuba. Memang kalau di bandingkan dgn teknik bottom, Jigging dan Casting memang memenatkan. Oh... ini lah dipanggil kan "Sport Fishing "... Insyaallah akan repeat lagi.
Sekian