Ini adalah trip pertama aku menggunakan teknik jigging dan casting. Aku bersama apek, ateng dan zabidi.
Untuk pengetahuan semua, mereka ni boleh di katakan tiap2 bulan turun pulau 9 ni. Tekong yg selalu digunakan ialah tekong faizal. Kami bertolak dlm pukul 9.30pm. Tiba sitiawan dlm pukul 1.00 am. Di sana kami menyewa homestay utk bermalam..
Bagi aku yg pertama kali turun ni, modal nya agak besar. Habis juga dlm RM 500, termasuk duit minyak, homestay dan beli peralatan memancing. Ni.. gambar diantara peralatan yang di beli..
Selepas sarapan pagi dengan membawa sedikit bekalan untuk makan tengahari kami bertolak Ke Pulau 9 dlm pukul 7.45 pagi...
Perjalanan mangambil masa lebih kurang 40 minit..
Di antara gambar2 hasil tangkapan pd hari tersebut..
Sempat juga mencadat sotong..
Yang bagusnya kesini.. Ada pulau untuk berehat. Di sini ada di sediakan tandas, tempat solat dan bilik air.
Kami bertolak balik ke daratan lebih kurang jam 7.30 malam.. dan bertolak balik Shah Alam lebih kurang pkl 9.00pm.
Dalam perjalanan balik kami singgah di sebuah kedai makan untuk menikmati hasil tangkapan kami pada hari itu..
Hasil tangkapan tidak begitu banyak, tapi cukup mengembirakan bagi saya yg pertama kali mencuba. Memang kalau di bandingkan dgn teknik bottom, Jigging dan Casting memang memenatkan. Oh... ini lah dipanggil kan "Sport Fishing "... Insyaallah akan repeat lagi.
Sekian
Dunia Pancing ku HI FISHING FELLOWS!!! WELCOME TO DUNIA PANCING AKU. THIS IS A FISHING BLOG TO SHARE MY FISHING EXPERIENCE AND PHOTOS.
Saturday, 21 September 2013
Friday, 20 September 2013
Trip memancing Pulau Ketam, Port Klang
Diantara gambar pemandangan d Jeti Port Klang
Bilik... ada tilam.. kipas dinding 1 dan meja solek 1. Siang confirm tak boleh duduk dalam..panasss..
En. Shazley. Dapat lesen..
Pose yang menarik dari Bala...
Pemandangan tepi kelong..
Ini lah hasil tangkapan ari tu.. Ok gak kan...
Yang pakai cermin mata tu.. Mr. Lee. Dia ni seba boleh. Pemancing boleh.. tukang masak boleh..pelawak pun boleh. Ok juga dia ada. Tapi saya nasihatkan hati2.. hmm..hmmm
Keseluruhan hasil boleh dikatakan memuaskan bagi kami yang baru belajar memancing ni. Insyaallah akan datang lagi.
Trip Kota Kinabalu, Sabah
Gambar sedang berasak dengan ikan Bawal. Kuat juga ikan bawal ni rupanya..
Akhir nya berjaya juga... Rupanya sangkut kat kepala jer..
Gambar di atas ni.. Ha..ha.. Mr Yap dah pening2 lalat..
En. Matius dengan anak ke kerapunya..
Ikan ni la yg di idam idamkan.. KERAPU NAGA. Berjaya juga dapat seekor.
Hasil yg betul2 giant ari tu. Makan waktu malam, semasa hujan lebat dan ribut... Berbaloi baaa....
Subscribe to:
Posts (Atom)